Hi 2017!

by - 22:33:00



assalamualaikum dan hai.

akhirnya dah masuk hari keempat untuk bulan Januari pada tahun 2017. bulan Disember tahun 2016 haritu tak sempat nak post apa-apa. ada kat kampung, jaga anak saudara. ( dia comel sangat, tak tahan tengok dia hehehe. ) 

apapun, fina sebagai pelajar, dah tentu kena pergi sekolah jadi dalam entry ni fina maybe banyak cerita pasal sekolah. hehehe, maklumlah.. banyak masa lebih diluangkan dekat sekolah.

fina pergi sekolah dekat-dekat rumah je. pastu sekolah petang. mak dengan ayah dah keluar pergi kerja, jadi fina kena jalan kaki pergi sekolah, tapi adalah kawan sekali yang duduk setaman. penat-penat pun tapi best. 

hari pertama pergi sekolah untuk tahun ni, okay.. classmate baru? fina tak suka sebenarnya. bukanlah benci, tapi tak berapa nak suka. biasalah, tahun lepas rapat dengan orang lain, tahun ni dah terpisah. salah diri sendiri jugak sebab tak belajar betul-betul. dia stay kelas A, fina turun kelas B. 

pasal kelas.. fina rasa bersalah sangat. why? mak fina harapkan fina untuk stay kelas sama. tak nak turun, tapi dah jadi benda ni. nak buat macam mana kan? 

tapi tulah, fina rasa tak aman duduk kelas tu, sebab dari kelas bawah naik ke kelas atas. fina tak kisah pasal tu, tapi yang fina tak boleh sekarang, 

sembang

sembang

sembang 
dan

sembang.

time cikgu mengajar. tak boleh nak fokus. cikgu pun suruh diam, baru nak diam. 

apapun, fina memang nak belajar sungguh-sungguh untuk ujian 1 ni, ada orang kata lepas ujian tu ada rombakan semula. sapa dapat bagus, masuklah kelas A. fina rasa bersalah sangat-sangat sebab bagi mak fina rasa kecewa. 

apapun, azam fina tahun ni;

nak jadi rajin
nak belajar bersungguh-sungguh
kurangkan makan ( insyaAllah hehehe )
rajinkan bersenam 
jaga kesihatan

ha tu jelah, doakan fina nanti untuk ujian 1 bulan Mac ni ( redhooo )




You May Also Like

3 comments

  1. Good luck for everything, Fina. Jangan rasa down sebab duduk kelas belakang. Jadikan benda itu sebagai motivasi untuk kita terus berjaya. Hwaiting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak mira :3 yang buat fina rasa down ni sebab tengok muka mak bila dia dapat tau fina turun kelas. rasa bersalah sangat :'D

      Delete
  2. selamat tahun baru dear ^^

    jemput join contest ye :D
    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete