Hi 2017!

4 Jan 2017



assalamualaikum dan hai.

akhirnya dah masuk hari keempat untuk bulan Januari pada tahun 2017. bulan Disember tahun 2016 haritu tak sempat nak post apa-apa. ada kat kampung, jaga anak saudara. ( dia comel sangat, tak tahan tengok dia hehehe. ) 

apapun, fina sebagai pelajar, dah tentu kena pergi sekolah jadi dalam entry ni fina maybe banyak cerita pasal sekolah. hehehe, maklumlah.. banyak masa lebih diluangkan dekat sekolah.

fina pergi sekolah dekat-dekat rumah je. pastu sekolah petang. mak dengan ayah dah keluar pergi kerja, jadi fina kena jalan kaki pergi sekolah, tapi adalah kawan sekali yang duduk setaman. penat-penat pun tapi best. 

hari pertama pergi sekolah untuk tahun ni, okay.. classmate baru? fina tak suka sebenarnya. bukanlah benci, tapi tak berapa nak suka. biasalah, tahun lepas rapat dengan orang lain, tahun ni dah terpisah. salah diri sendiri jugak sebab tak belajar betul-betul. dia stay kelas A, fina turun kelas B. 

pasal kelas.. fina rasa bersalah sangat. why? mak fina harapkan fina untuk stay kelas sama. tak nak turun, tapi dah jadi benda ni. nak buat macam mana kan? 

tapi tulah, fina rasa tak aman duduk kelas tu, sebab dari kelas bawah naik ke kelas atas. fina tak kisah pasal tu, tapi yang fina tak boleh sekarang, 

sembang

sembang

sembang 
dan

sembang.

time cikgu mengajar. tak boleh nak fokus. cikgu pun suruh diam, baru nak diam. 

apapun, fina memang nak belajar sungguh-sungguh untuk ujian 1 ni, ada orang kata lepas ujian tu ada rombakan semula. sapa dapat bagus, masuklah kelas A. fina rasa bersalah sangat-sangat sebab bagi mak fina rasa kecewa. 

apapun, azam fina tahun ni;

nak jadi rajin
nak belajar bersungguh-sungguh
kurangkan makan ( insyaAllah hehehe )
rajinkan bersenam 
jaga kesihatan

ha tu jelah, doakan fina nanti untuk ujian 1 bulan Mac ni ( redhooo )




Cheer Me Up Book Tag

25 Nov 2016



assalamualaikum dan hai!

soo, tadi duk usha reading list, jumpa lah entry 'Cheer Me Up Book Tag' by Amira. berdasarkan entry kak mira, orang yang buat tag ni dulu adalah kak Fatina . 

okay, jom mulakan hehehe. fina akan jawab dalam BM tau :')


1.  Your current reading :

Related image
Demian: The Story of Emil Sinclair's Youth by Hermann Hesse
2. Suggest one of your favourite book.
Kalau wattpad takpe kan? hehehe sebab banyak yang fina baca dekat wattpad je, sebab fina tak selalu keluar dari rumah. jadi, favourite book fina, ada banyak, tapi fina akan pilih satu je iaitu Misi Memikat Crush oleh Hyunwonwoo__ fina tahu tajuk dia macam emm sikit tapi memang cerita ni besttt sangat! fina suka ><

3. What genre do you like to read?
tbh, fina tak kisah sangat genre apa. kalau best fina baca lah. tapi apapun, fina suka genre, horror, thriller, mystery. yang ada janis plot twist, kena fikir ha memang fina bagi thumbs up!

4. How many books do you read in a month?
dalam 10-20 jugakla sebab kat wattpad, tak payah beli jadi senang fina baca,

5. Where do you usually purchase books?
dekat kedai buku berdekatan, tapi macam fina kata. fina baca kat wattpad je.

6. Have you ever fall to sleep when reading because you find out, its tedious?
tak pernah lagi la. selalunya tutup, letak atas meja tidur. nanti, tak pasal-pasal terkepak pula cover. nangis tak berlagu lah nanti huhuhu.

7. Which one do you prefer, standalone or trilogy/series?
kalau best fina baca ja, tapi ikutkan fina lagi suka standalone.

8. Which book(s) has cheer you up?
misi memikat crush of course! selalu buat fina tergelak ><

9. Do you read book's review before buying it?
kadang-kadang tak baca pun, beli je. kadang-kadang tu ternampak, rasa macam best pastu pergi beli hehehe. takpun ada kawan recommend buku untuk dibeli atau dibaca di wattpad.

10. Will you stop reading, if the book isn't interesting or will you keep on reading them?
yes, fina akan stop baca. fina tak suka paksa diri untuk baca benda yang fina tak rasa menarik. nanti rasa bosan.

11. Have you ever re-reading the book again and again?
tak pernah lagi lah. bagi fina, bila baca untuk kali pertama tu, memang best. pastu habis, memang rasa sedih tapi memang fina takkan ulang balik sebab fina memang jenis tak suka ulang balik dan baca.

12. Do you ever felt that once you finish reading a book, you find it hard to move on from it?
YES! bukan sekali je, banyak kali tapi tu pun depends on buku yang fina baca. kalau buku tu jenis yang story line dia gempak, bagi banyak feelings, memang susah sikit nak move on. kalau jenis yang okey, best tapi tak berapa nak gempak, fina cepat je move on.

13. Have you ever cried during you reading?
 dah tentu, sebab terasa macam diri ada dalam cerita tu ataupun fina ni watak tu. memang nangis punya lah. macam ada satu cerita fina baca, ulang macam mana pun still nangis.


14. Why do you think reading has make you happy?
bagi fina, bila kita baca, kita tak terlalu buang masa dengan benda-benda yang merugikan. satu lagi, masa akan cepat berlalu pastu, setiap scene fina akan bayangkan macam mana ia berlaku jadi, kalau waktu fina baca tu, scene happy, fina bayangkan fina pun jadi happy.

okay, sampai di sini saja :) fina dah buat, anda bila lagi (lol).




dunia kpop?

22 Nov 2016



assalamualaikum dan hai~

hari ni nak buat entry tentang dunia kpop. boleh dikatakan ramai jugak anak muda zaman sekarang minat dengan kpop ni. contohnya fina :3 okay, best sangat ke kpop ni? bagi fina lah kan, tak best lansung. sesiapa, janganlah sesekali cuba nak masuk. LANSUNG JANGAN. why? banyak peminat kpop ni tak matang dan perangai dorang... hmm memang menyakitkan. di bawah adalah salah satu senarai benda yang ada dalam dunia kpop nih.